SPM "knocking da DOOR"


Mohon maaf dari hujung rambut hinggalah hujung kaki, andai kata ada tersilap kata tersalah laku, saya hanyalah manusia biasa. Ya memang orang akan kata saya berlaku "klise", tapi itulah realiti kehidupan bukan sekadar kita hendak menghadapi peperiksaan je perlu kita minta maaf, Rasullah pun ada mengajar untuk kita memaafkan dan meminta maaf setiap kali sebelum lelapnya mata kita dibuai keempukan bantal. Siapalah yang tahu ajal kita tiba disaat sedang asyik melayan kelesuan badan. Nauzubillah. 

Dengan kesempatan yang ada ini mohonlah agar dimaafkan segala kesalahan kerana manusia itu tidak terlepas daripada melakukan dosa saya juga bukan seorang yang "maksum". Janganlah dipendam dalam hati, kerana "setiap mukmin itu adalah bersaudara". But that's not the main point, so whateva it is First thing First ---> Hubungan dengan Allah jaga, Hubungan dengan Manusia jaga especially dengan Ibu Bapa. Redha Allah itu terletak pada keredhaan kedua Ibu Bapa, haaa! tengok betapa tingginya darjat ibu bapa kita disisi Allah, Jangan pernah kita sia- siakan Ibu Bapa kita selalulah berdoa untuk mereke. 

Dan the last thing we are compulsorily need to do is BANYAKKAN DOA KAWAN - KAWAN, sebab senjata orang mukmin itu adalah doa, ---> ketika kita ditimpa kesusahan kita BERDOA, ketika kita diberikan nikmat kita BERDOA, ketika apa jua masa sentiasalah kita BERDOA, kerana sifat ALLAH itu MAHA MENDENGAR, MAHA wahai sahabatku  MAHA!!! Percayalah pada Kekuasaan Allah yang tiada bandingannya. Daripadanya kita datang dan kepadanya jua kita kembali. Hidup kita ini segala- galanya bergantung harap kepada Allah tiada sesuatu pun yang bantu kita untuk hidup walaupun kita kata udara sekalipun. Kita hanya peminjam yang hina, sudahlah diberikan nikmat masih tidak tahu hendak menghargai dan bersyukur. Dengan itu banyakkanlah BERDOA dan BERTAUBAT sedari diri kita manusia yang bergelumang dengan dosa. 

Tingkatnya Iman, Bertingkahlah Pahala, 
Berkurangnya Iman, Berdozen lah dosa. 

Kalam akhir, Doakanlah yang terbaik untuk saya "MUHAMMAD IRSYAD BIN ZAINI:" buat SPM kali ini InsyaAllah saya akan sentiasa mendoakan kalian. Percayalah doa sahabat untuk sahabat yang lain tanpa diketahui sahabatnya adalah doa yang mustajab. Barakallahufiwalakum ! 

Hwaaaiiittttiiingggg!!! SPM 7A+ 3A 1B+  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 S.A.N.G.K.A.L.U.K.A |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.