Asasnya Kembali pada ALLAH




"Dan jika dua puak orang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim, maka lawanlah puak yang berlaku zalim itu untuk kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh damaikanlah keduanya dengan adil (menurut hukum Allah) dan berlaku adillah kamu dalam segala perkara Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil"


اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمْ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوبَ
قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مُحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ
وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلأَهَا بِنُورِكَ الَّذِي لاَيَخْبُوا وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الإِيمَانِ بِكَ
وَجَمِيلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَأَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ
وَأَمِتْهَا عَلَى شَهَادَةِ فِي سَبِيلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ
اَللَّهُمَّ آمِينُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Natijanya, dalam segala sesuatu kita lakukan Al- Quran dan Sunnah itu panduan kita, Allah itu penasihat kita, dan amalan kita penentu Syurga mahupun Neraka, oleh yang demikian perlu kita sedar ALLAH adalah asas bagi segala sesuatu. Jadi daripada Allah kita datang dan kepadanya jua kita kembali. 

Bermonolog



Andai aku insan yang berputus asa, tidak aku ku hunus tangan ke langit memohon pada ilahi agar dipermudah selaga urusan.

Andai aku insan yang kufur nikmat Ilahi, tidak akan ku teruskan perjuangan dalam dunia yang penuh ruangan dosa ini. 

Andai aku insan yang lupa diri, tidak akan ku terdetik untuk muhasabah diri bagi setiap dosa yang aku lakukan.

Andai aku insan yang gagal, tidak akan aku cuba untuk memperbaiki kesilapan dan kekhilafan ku.

Andai aku insan yang lemah, tidak akan aku berjuang mati- matian demi agama Allah 

Natijahnya, usaha yang bersungguh- sungguh bukan demi kepentingan sesuatu atau diri sendiri, haruslah disertai dengan tawakal kepada Allah sepenuhnya insyaAllah akan menghasilkan sebuah keputusan yang diredhai dan merasakan kemanisan berjaya di dunia dan akhirat.  

Aku mengaku aku insan yang mudah berputus asa, aku insan yang kufur nikmat, aku insan yang lupa diri, aku insan yang gagal, aku insan yang lemah. 

Namun setiap ini tidak menjadikan alasan untuk aku tidak berjaya dalam apa jua yang aku lakukan. Sebagai seorang individu muslim yang mecuba untuk memenuhi tuntutan muwasoffat tarbiah akan ku cuba melatih diri sedikit demi sedikit untuk menyingkirkan segala sifat jahiliah yang maish tersisip dalam diri ini. 

Manusia itu bisa berubah walau dalam masa sesaat namun tidak bagi aku, aku memerlukan sejuta masa untuk ku faham dan cerna kenapa berlakunya sesuatu perkara. 

Mohon waktu untuk memotivasikan diri, JANGAN PERNAH BANDINGKAN DIRI AKU DENGAN DIRI ORANG LAIN, kerana setiap manusia itu punya kelebihan dan kelemahan yang sepunya.

Aku kini cuba untuk mendidik diri agar cuba menerima qada' dan qadar serta kelebihan dan kelemahan seseorang, jikalau kelemahan itu yang menjatuhkan kita sama- sama kita cari penyelesaian untuk bangkit semula, jika kelebihan itu membantu kita, kita manfaatkan sebaiknya untuk bersama- sama mengimarahkan bumi ilahi dengan dakwah yang syumul.

"Usaha itu adalah bersungguh- sungguh untuk mencapai kejayaan. manakala tawakkal pula adalah menyerah segalanya kepada Allah S.W.T setelas berusaha sepenuhnya" - Ahmad Afiq Bin Hashim-

-Insan yang buntu masa- 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 S.A.N.G.K.A.L.U.K.A |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.