We r Who we R & Who you Think u R ?


You made me insecure,
              Told me I wasn't good enough.
                But who are you to judge.

::Sweetest Things::


A true friend
would

scolds like a dad,

cares like a mom, 

teases like a sister, 

irritates like a brother &

finally loves u more than a lover :)

This Is Me & This Is Real



ISFJ - Conservator
ISFJs are service and work oriented and are very loyal. 
They make good nurses, teachers, secretaries, 
and librarians. 6% of the total population.
ISFJ's respect established authority and they tend to 
accept others’ opinions and desires as their own.
In work situations, they provide a stable and standardized service. 
Disorderly situations and constantly changing rules
 can cause them undue stress. 
At these times ISFJ's need to be more assertive and direct because, 
owing to their kindheartedness and sensitivity, 
ISFJ's can be taken for granted and even taken advantage of. 
This can cause them to feel resentment and anger —
feelings that the ISFJ has a tendency to deny. 
If the situation worsens and uncomfortable feelings build up,
the ISFJ will begin to feel insecure about their status. 
Worrying that they are not secure or protected enough, 
they may become overprotective and excessively 
nervous about foreboding events. 
This can cause others to feel resistant or defiant which then
contributes to the disorder of the situation.

If stress continues, the ISFJ will experience increasing anxiety. 

Their fear that things will continue to spin out of control
 will result in a general feeling of dread and apprehensiveness. 
They become both wary of change and unrelentingly 
pessimistic about the future. 
ISFJ's will eventually become immobilized by physical
 symptoms associated with their anxieties. 
Providing care for others will become secondary
 as their own bodily symptoms — 
resulting from their fears of abandonment — 
disable to such a degree that they cannot assume their responsibilities. 
Yet, abandoning service-orientated obligations 
prevents ISFJ's from accessing opportunities that allow them to fulfill their basic needs.

Sahabat / Rakan/ Kawan/ Taulan/Teman

Apa punya beza antara semua ?
Dirimu bukanlah diva mahupun raja,
Buat ku sanjung menunggu patih,
Takuk dirimu pangkat durjana,
Engkau hanya sahabat dunia.

Namun,
Tidak pernah ku leka,
Setiap saat kau terluka,
Setiap detik kau kecewa,
Setiap ketika kau dihina,
Setiap kala kau berduka,
Engkau SAHABAT terpilih.

Namun,
Seringkali aku kau injak,
Setiap saat ku dilupa,
Setiap detik ku dihina,
Setiap ketika ku dicaci,
Setiap kala ku dimaki,
 Engkau MUSUH tercinta.

Dirimu begitu berani bertambah dengki,
Mencabar institusi  kerajaan langit ilahi,
Menanya mana benar mana durjana,
Mana petualang mana kepalang,
Engkau insan durhaka !

Selama ini ku semai benih kasih,
Ku jaja kisah manis tentangmu,
Namun apa balasan mu ?

LUDAHAN BASI BERULAMKAN EJEKAN
:: HIDUP MEMANG BEGITU ::

Ada kawan mengkhianat taulan,
Ada sahabat mencaci kawan,
Ada rakan mengumpat teman,
Ada teman menghina sahabat,
Ada taulan mencerca rakan.
PERSAHABATAN – Bukannya Mudah

Hasil Ciptaan,
Muhammad Irsyad Bin Zaini
5 Iltizam

[Hak Cipta Terpelihara]



Pendidikan Pencegahan Dadah



Pertandingan Menulis Esei
Pendidikan Pencegahan Dadah
2011

Nama : Muhammad Irsyad Bin Zaini
No. Kad Pengenalan : 940408-14-6143
Jantina : Lelaki
Tingkatan : 5
Sekolah : Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru
Alamat Sekolah : Kampung Sinaran Baru, Km 26, Jalan Johor, 81300, Johor
                                                          Bahru, Johor Darul Takzim

No. Tel Sekolah : 07- 5574689
Disahkan oleh,

_________________________
(Puan Fauziah Binti Ab Salam)
Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor

Dunia milenium kini pasti sarat dengan cabaran reformasi yang  sudah pasti bakal  menimbulkan seribu satu persoalan di benak minda para intelegensia. Benar sekali kata pujangga “setitik dakwat mata pena bisa membuat sejuta manusia berfikir tentangnya”. Para pemikir intelektual generasi kini sudah lali dengan isu- isu dunia yang sekian lamanya memperdebatkan tentang kebejatan ekonomi, ketidak stabilan politik serta gejala sosial yang kian meruncing. Menambah bingung permasalahn dunia kini ialah penyalahgunaan dadah yang dilihat sudah hampir menemui jalan buntu. Namun yang demikian tidak wajar sekiranya kita pupuk sikap mudah berputus asa dalam diri  kerana jaminan kejayaan adalah bagi orang yang berusaha dengan sepenuh hati jua ikhlas dalam meniti jalan kesukaran. Berbalik kepada isu penyalahguaan dadah, menurut kajian Jabatan Jenayah Siasatan Narkotik Negara telah mengeluarkan penyata bahwasanya statistik menunjukkan peningkatan penagih dadah adalah sebanyak 50 peratus berbanding tahun sebelumnya. Isu ini tidak harus kita pandang enteng. Bagi kita menjamin masa depan Negara yang lebaih maju serta berdaya saing antara Negara- Negara lainnya, kita seharusnya mencari 1001 solusi bagi menghapuskan mahupun membasmi gejala penyalahgunaan dadah yang kian berleluasa kini. Situasi ini persis benar dengan pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu alasan, jika kita beringinkan sebuah Negara yang bersih daripada najis dadah maka apa salahnya kita berkorban demi kebaikkan kita bersama. Natijahnya, bagi kita menggapai status Negara maju 2020 tidak sepatutny bangkit isu yang memperdebatkan tentang kepincangan masalah penyalahgunaan dadah kerana sebuah Negara maju menggambar sebuah Negara kota yang harmoni, bebas dari gejala sosial, stabil kedudukan politiknya serta ekonomi Negara yang memberansangkan.

Analisa bermula, ayuh kita pelosori apakah faktor pemangkin yang membawa kepada terjebaknya seseorang itu dalam kerancah penagihan dadah. Menurut kajian pakar psikologi, keterlibatan seseorang dalam sesuatu bidang yang baru adalah disebabkan oleh perasaan ingin tahunya yang kuat. Oleh yang demikian, dapat kita lihat ramai muda mudi era 2020 kini yang terjebak dengan gejala merokok, ketagihan dadah, hubungan luar kelamin serta lain- lain gejala sosial. Kebejatan sosio-budaya remaja kini adalah  gara- gara daripada sikap pandang remeh sesetengah pihak.  Faktor lain ialah, ganguan emosi, situasi ini sinonim digambarkan sebagai fikiran yang tidak tenteram atau nama saintifiknya “Neurosis”. Baru- baru ini dunia dikejutkan dengan kes penyalahgunaan dadah dikalangan mahasiswa, statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding tahun lepas. Hal ini sudah cukup jelas menggambarkan penyalahgunaan dadah kian berleluasa bagai cendawan yang tumbuh melata. Faktor pendorong yang lain ialan dadah sudah dianggap sebagai pengubat kepada duka lara kehidupan setelah mengharungi pelbagai penderitaan, tambahan pula ianya dilihat sebagai wadah melegakan kacau bilau benak pemikiran. Selain itu, latar belakang kehidupan yang mengecewakan seperti keruntuhan rumah tangga, kematian ibu bapa juga mendorong kepada pengambilan dadah. Tambahan pula, kehidupan peribadi yang diprovokasi dan dicerobohi  menjadi pendorong perdana kepada penyalahgunaan dadah. Akhir sekali, masyarakat kini gemar mengasingkan diri dari dunia luar kononnya untuk mengelakkan diri daripada realiti kehidupan yang sentiasa memaksa kepada kesempurnaan dalam setiap aspek, disebabkan oleh faktor tekanan persekitaran dadah menjadi jalan penyelesaian. Intihanya, setiap pihak wajib menggalas peranan masing- masing dengan penuh kebertanggungjawaban dalam usaha sama membanteras gejala penyalahgunaan dadah agar muda mudi harapan bangsa, pemimpin Negara ini tidak dicemari dengan doktrin najis dadah.

            Selesai analisa permasalahan, ayuh kita beralih kepada resolusi isu yang berbangkit. Penyalahgunaan dadah adalah sesuatu kesalahan berat yang tidak ada penalti atau tolak ansur mahupun toleransi, hanya hukuman tali gantung adalah satu- satunya jalan penyelesaian. Oleh yang demikian pencegahan yang isitqamah kepada permasalahan ini adalah wajib. Terdapat 1001 langkah yang boleh diaplikasikan bagi menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ianya berkurang ataupun dapat kita hapuskan sama sekali. Antaranya, ialah penguatkuasaan undang- undang oleh pihak kerajaan, hal ini demikian akan mencampakkan rasa gentar kepada sesiapa yang terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah, penguatkuasaan Akta Dadah Berbahaya 1985 adalah satu cara yang berkesan bagi mengurangkan jumlah pengguna serta pengedar dadah tegar. Sebagai contoh, kesalahan mengedar syabu dibawah syeksen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27, pengedar akan dikenakan hukuman 20 tahun penjara dan 15 kali sebatan, sekiranya syabu yang diedar melebihi 50 gram hukuman gantung sampai mati akan dikenakan. Pokoknya, hal ini sudah cukup memberi kita perspektif bahwasanya penguatkuasaan undang- undang merupakan jalan penyelesaian yang terbaik, tambahan pula hal ini membabitkan maruah Negara kita Malaysia maka tindakan sedemikian adalah wajar.
Seterusnya, pendidikan bagi mencegah penyalahgunaan dadah wajar dilaksanakan tidak kiralah ianya adalah anjuran pihak kerajaan mahupun swasta kerana tanggungjawab mencegah najis dadah adalah amanah kita bersama. Penganjuran aktiviti- aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran yang berserangkutan dengan isu jenayah dadah adalah wajar dengan tujuan untuk memberikan informasi terkini, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutamanya golongan remaja tentang bahayanya dadah serta membina kesedaran keseluruhannya. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan R. Ravichandran berkata, seramai 355 orang telah ditahan didaerah Rembau kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya  (ADB) 1952 sepanjang tahun lalu. Jika kita soroti situasi ini apakah mungkin faktor kurangnya pendidikan tentang bahaya dadah terhadap masyarakat merupakan faktor utama kepada peningkatan statistik penyalahgunaan dadah. Sudah terang lagi bersuluh, sememangnya pendidikan ke arah zaman yang lebih bertamadun memerlukan kepada sistem pendidikan moral yang utuh dan jitu. 

Selain itu, kerjasama antara orang awam dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya diwujudkan. Hal ini bertujuan bagi memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk sama- sama berganding bahu dengan pihak berkuasa bagi membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutamanya di kalangan remaja. Misalannya, orang awam menjadi mata- mata pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan lebih- lebih lagi perihal berkaitan dadah. Tambahan pula, ibu bapa perlu bertanggungjawab serta mengawasi anak jagaan mereka daripada ikut terjebak dengan gejala sosial yang kian membarat di bahagian asia tenggara nampak- nampaknya. Dunia hari ini semakin membimbangkan lebih- lebih lagi dengan munculnya kes terbaru iaitu pengambilan dadah yang membabitkan remaja di Negara ini seawal usia 14 hingga 16 tahun, golongan ini adalah antara yang termuda mendapatkan rawatan di Klinik Klinik Cure & Care (C&C) 1Malaysia kendalian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen). Di sini dapat kita lihat kerjasama dua hala antara pihak berkuasa dan rakyat tempatan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kes penyalahgunaan dadah yang kian meruncing.

Langkah drastik berikutnya ialah, penubuhan pusat- pusat pemulihan yang akan memberikan rawatan rapi dari segi psikologi serta fizikal. Rawatan yang disediakan tidak terbatas hanya untuk sesuatu bangsa, peringkat umur mahupun agama, Dasar persamaan taraf ini dibina atas dasar 1 Malaysia yang berpaksikan cogan kata Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Statistik menunjukkan 8 daripada 10 penagih yang keluar daripada pusat pemulihan berjaya untuk tidak  kembali kepada kehidupan jahiliah mereka yang bertuhankan dadah. Hal ini cukup jelas member mesej bahawa misi dan visi penubuhan pusat pemulihan ini adalah untuk member sokongan kepada mereka yang kurang bernasib baik ini supaya  mempunyai masa hadapan yang lebih cerah setelah mereka keluar daripada pusat pemulihan. Persatuan PENGASIH Malaysia merupakan antara salah sebuah pusat pemulihan yang menempat insan- insan yang punyai masalah sosial mahupun ketagihan. Persatuan PENGASIH Malaysia  berprinsipkan kepada 3 prinsip asas yang dikenali sebagai “ESQ” iaitu ( emotional, spiritual and quotient ) emosi, semangat dan keperibadian. Antara kes yang pernah dikendalikan oleh Persatuan PENGASIH Malaysia kebanyakkan telah berjaya membina perspektif penagih iaitu hidup megah tanpa najis dadah.
         
   Usai sudah resolusi permasalahan, seterusnya ayuh kita saksikan siapakah sebenarnya dadah yang sering digembar- gemburkan. Samada sedar atau tidak terdapat selautan kesan buruk jika kita menyalahgunakan dadah. Antaranya ialah, pengambilan dadah secara belebihan akan menganggu- gugat sistem sepunya saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Lebih memburukkan lagi keadaan ialah keadaan penagih yang mabuk dan khayal akan menjadikan mereka tidak dapat mengawal pergerakan dan mengimbangkan badan mereka sendiri. Risiko untuk mendapat jangkitan HIV/ AIDS, Hepatitis dan sawan amatlah tinggi, ikutan daripada penggunaan alat suntikan yang dikongsi serta ulang pakai oleh orang yang berbeza. Manakala kesan buruk  terhadap wanita yang mengandung, ialah keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup bulan, kematian bayi semasa lahi dan juga melahirkan bayi yang tidak sempurna fizikal. Selain itu, bahan yang digunakan untuk menghasilkan dadah boleh melemahkan serta merosakan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pegiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah. Tambahan lagi, dadah sangat berpotensi dalam menyebabkan ganguan emosi. Pada Januari yang lepas satu berita telah disiarkan menceritakan mengenai penyampai berita dan pelakon terkenal Negara yang ditahan positif dadah. Mereka dipercayai mengambil dadah atas dasar ganguan emosi dan kehidupan peribadi mereka yang diprovakasi pihak- pihak tertentu. Menambah jijik ialah dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga samalah situasinya dengan penyalahgunaan dadah ini peningkatan gejala sosial dan jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan, rogol, pembunuhan meningkat dengan drastiknya. Ini adalah kerana penagih mengalami kerosakan saraf otak yang memaksa mereka untuk sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah.
            Menambah sadis ialah dadah membawa maut, hal sedemikian disebabkan oleh pengambilan dadah dengan dos yang berlebihan. Daripada aspek kekeluargaan, berlakunya keganasan dan tindakan di luar kawalan oleh penagih terhadap keluarga kerana memerlukan wang untuk melanggan dadah. Dari aspek kemasyarakatan pula, contohnya berlaku kemalangan akibat daripada memandu dibawah pengaruh dadah. Natijahnya, dapat kita lihat bahwasanya penyalahgunaan dadah memberikan impak yang sangat negatif kepada masyarakat dan juga imej Negara itu sendiri. Maka dengan itu ayuhlah kita bersama- sama memerangi najis dadah yang semakin berleluasa kini.
            Namun, apakah kita sedar sudah menjadi tanggungjawab kita bagi mewujudkan generasi yang hidup megah tanpa dadah. Di sini dapat kita saksikan kerjasama pelbagai pihak akan membantu usaha sama dalam memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Antara pihak yang memainkan peranan adalah, peranan individu itu sendiri iaitu setiap individu seharusnya mengetahui maklumat- maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara sekali pun agar mereka benar- benar memahami tentang betapa bahaya dadah kepada diri dan juga orang disekeliling mereka. Seterusnya, peranan ibu bapa, mereka sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak- anak dengan sempurna agar tidak langsung terjebak dalam kerancah dadah. Guru juga memain peranan penting iaitu dengan memperingatkan para pelajar agar tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh membawa kepada terlibatnya mereka dengan gejala dadah.
Pemimpin masyarakat merupakan contoh terbaik kepada masyarakat dan mereka termasuklah tokoh- tokoh agama, sewajarnya mereka mencari jalan penyelesaian supaya semua anggota masyarakat berganding bahu, sepakat dan sebulat suara bersama- sama membasmi dadah. Hanya pemimpin yang benar- benar komited dengan isu yang berbangkit ini akan berjaya membentuk generasi sifar dadah. Seterusnya, majikan juga dikira sebagai peranan yang penting, majikan perlu sekurang- kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing sebulan sekali terhadap pekerja- pekerjanya bagi memastikan tempat kerja mereka bebas daripada dadah, para pekerja juga sepatutnya memainkan peranan masing- masing dengan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada majikan sekiranya diminta menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah.
           
Peranan paling utama iaitu peranan belia, mereka haruslah mula menyedari bahawa diri mereka merupakan pemuda harapan bangsa yang bakal memimpin Negara pada masa muka. Oleh itu, mereka sepatutnya bersiap- siagalah untuk memikul tanggungjawab yang bakal menanti suatu hari nanti. Golongan yang mudah terpengaruh juga berperanan dalam membasmi dadah iaitu pelajar sekolah, mereka haruslah menguatkan diri untuk tidak terlibat dengan perkara- perkara yang boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah. Slogan “Katakan Tidak Kepada Dadah” perlu dijadikan  pegangan hidup kepada para pelajar.
            Media massa yang merupakan satu pengaruh terbesar seharusnya menyebarkan pelbagai maklumat mengenai penyalahgunaan dadah memandangkan media massa merupakan satu- satunya alat sebaran am yang paling utama dan bahan- bahanya mudah didapati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pendidikan tentang bahaya dadah oleh media massa sangatlah penting kerana masyarakat kita yang kurang gemar membaca maka paparan visual mengenai bahaya dadah sudah cukup untuk memberi pengajaran. Akhir sekali, pertubuhan sukarela sepatutnya melibatkan diri dalam membentuk generasi bebas dadah namun keterlibatan ini perlu kepada pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit bagi mencapai visi dan misi yang diharapkan. Mereka juga perlu bersedia dalam menempuhi segala cabaran memandangkan cabaran dunia hari ini kian mencabar lebih- lebih lagi isu berkaitan dadah ianya sesuatu yang amat berat untuk dilakukan.

            Intihanya, fenomena dunia kini memaparkan satu visual yang dikira jijik mata pemikir rasional, ini adalah berdasarkan perspektif yang diterjemahkan melalui perbuatan mereka yang sungguh dangkal. Isu penyalahgunaan dadah boleh dikira sebagai satu perbuatan yang terkutuk, ini kerana bukan sahaja membahayakan kesihatan dan berisiko tinggi membawa penagih dadah kepada pintu gerbang maut malahan ianya akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada orang yang berada disekeliling mereka. Tambahan lagi, pihak atau badan yang berwajib seharusnya memainkan peranan dalam membasmi najis dadah walau dengan apa cara sekalipun demi untuk kita mencapai matlamat sifar dadah sebelum kita melangkah ke era 2020, iaitu saat dan ketika Negara kita menggapai status Negara maju.  Oleh yang demikian, sebagai anak watan Negara Malaysia kita seharusnya mengotakan aspirasi penduduk jelata yang mengharapkan lahirnya seorang pemimpin yang berwibawa bukan sahaja dari aspek penampilan malahan juga dari aspek kepimpinan dan keadilan. Sanggupkah kita hancurkan harapan sekalian manusia, hanya kerana dadah menjadi punca. Ayuhlah kita beralih kepada dunia manusia yang lebih bertamadun dan intelektual serta berkarisma. Maka dengan itu akan lahirlah barisan pimpinan yang bukan sahaja intelektual malah inovatif, kreatif, kritis, berwawasan, berdisiplin, bervisi juga bermisi. Dengan itu sahutlah cabaran, perangi najis dadah demi kesejahteraan Negara kita demi masa muka kelak. 

Ada ketika,
 Ada saat,
                                                                                           Ada kala,
Ada detik, 


Terbina lama hubungan suci,
        Namun dihapus mandatori keji . >.<


Tentu Saja Adakala Kita Bersengketa,
Tapi Kita Selalu Percaya,Hubungan Lebih Berharga Dari Situasi Yang Terjadi.Itulah Sahabat

Peludah Warna

Kuning itu Bersih
Suci itu Kesanggupan
Puith itu Aman
Pemimpin bertempiaran

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

::Hidup Memang Begitu::



Hidup memerlukan pengorbananan. 



Pengorbanan memerlukan perjuangan.



Perjuangan memerlukan ketabahan. 



Ketabahan memerlukan keyakinan.



Keyakinan pula menentukan kejayaan.


Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 S.A.N.G.K.A.L.U.K.A |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.